Carrot... sikucingorengemok saya
ini carrot.. dia adalah kucingorengemok kesayangan saya. dah bela carrot dari dia kecik..sbb ibu dia macam ada Down Syndrome sikit, tak pandai jaga anak2 dia so sejak tulah amik keputusan untuk bela carrot.
kenapa nama dia carrot? sebab tengah tgk rancangan tv ala-ala magic show gitu yang guna tarot card..cam best pulat sebutan tarot tu.. tapi tak menarikla sebab kad tilik nasib kan..tarot..parrot...carrot...CARROT!! ye! sebab dia oren so jadilah Carrot.
Actually, carrot ada adik beradik, a sister. nama dia pepper. kenapa pepper? sebab dah carrot tu makanan, carilah nama yang sekufu, so dapatlah idea pepper sebab yang seekor lagi tu gelap sikit.
Kedua-dua beradik kucing saya bawak pindah ke Kulai bila kerja di sana, sbb saya tinggal seorang di rumah yang sgt besar, so bolehlah mereka berdua berkeliaran dgn bebasnya di dalam rumah. Ingat lagi susha payah nk train dua anak kucing yang nakal tu untuk membuang bahan buangan di tandas/ pasir kucing..mmg macam perang setiap kali nak bwk mereka ke tandas. tapi lepas tu mereka dah pandai..hidup jadi senang.
Malangnya, masa bersama pepper tak lama. Ada sehari mereka berdua bermain di luar, sakan kot berkejaran sampai pepper cross jalan tak pandang kiri kanan dan dilanggar kereta. sedih jugak tapi lebih sedih tgk carrot yang kehilangan adiknya, seminggu jugakla dia baru stop mencari si pepper. sejak itu, segala perhatian yang lebih diberikan kepada carrot.
Carrot lah teman bermain, suka duka sepanjang solo molo di kulai. Kalau sy happy, saya akan ajak dia menari. kalau sedih, dialah yg saya peluk dan mengadu (macam paham je cakap kita). Sampailah sy pindah ke Kuala Lumpur, carrot ikut. tapi lepas kahwin, encik suami tak minat kucing. terpaksalah mintak adik ipar yg baik hati utk jaga carrot. rasa mcm bagi anak kandung pd org lain untuk jaga..sedih tapi sabar ajelah
mmg saya selalu rindu carrot.. kalau sunyi, carrot yang saya ingat. tapi carrot pun happy kat tempat baru, thanks hid..sebab jaga carrot dengan baik. kalau dulu suara saya carrot boleh kenal, tapi sekarang tak lagi. tapi tak pe, asalkan carrot sihat, gemok, dan happy saya rasa senang hati. bila rasa nak sangat jumpa carrot, kenalah pegi melawat dia kat rumah hid. dapat peluk kejap pun jadilah..walaupun dia dah tak kenal saya sgt.
tapi 18 ogos 2013, tak sangka kesedihan melanda untuk hari itu. dpt whatsapps bagitau carrot dah mati...huhu... susah nk absorb kenyataan ni tapi ye... carrot dah takde. adik cerita carrot keluar rumah semalam, mereka tak perasan. esok pagi jumpa body carrot kat belakang rumah dengan kesan gigitan..huhu. hati hancur macam kene langgar keretapi, air mata saya tak berhenti mengalir sampai mak marah.. katanya kucing je pun yang mati. tapi kucing tu sangat kesayangan hati saya, suka duka saya. and he's gone. sekarang cuma ada gambar, thanks to hi jugak sebab rajin amik gambar carrot. ada satu video carrot.. tu la pengubat rindu bila tak dapat jumpa carrot. nampaknya sekarang mmg takkan dapat jumpa carrot lagi sampai bila-bila.
I miss u Carrot...so much!! :'(







No comments:
Post a Comment