Translate

Thursday, September 19, 2013

Rumah Oh Rumah!

sume org mesti berangan nak ada rumah sendiri kan?

aku pun tak terlepas daripada memiliki impian yang sama. sejak setahun lebih yang lalu, semakin kuat angan-angan ni bermain-main dalam kepala aku. dah mcm angau pun aku boleh kata. lagi pulak lepas aku di'basuh' oleh rakan sepejabat aku yang mengapi-apikan aku supaya beli rumah sendiri sebelum terlambat menyebabkan kadang-kadang urge aku rasa nak beli rumah mcm nak beli baju kat SOGO.

konteks terlambat dalam kes aku ni sebab kononnya rumah makin lama makin mahal. aku tahu dan mmg dah perasan hal tu. kalau dulu time aku mula-mula kerja aku tengok rumah harga RM500k ke RM600k pun mata aku macam nak terkeluar dari soket. So, dulu-dulu aku mengabaikan dan tidak penah merasa adanya keperluan untuk memiliki rumah sendiri memandangkan aku ni perempuan. Satu hari nanti suami aku la yang tanggung kan. Dah termaktub dalam bidang tugas dia untuk sediakan tempat tinggal untuk aku. so aku tak nak la campur tangan dalam port folio jabatan lain pulak.

Tapi sekarang setelah aku diserang jangkitan virus menggigil nak beli rumah, merasakan yang kami perlu ada kediaman yang lebih stabil untuk keselesaan kami juga kunjungan mak bapak dan keluarga kembangan, hari-hari aku dok tengok laman iproperty tu cam nak tgk gambar boyfren2 pulak. asal aku ada masa terluang je, aku mulakan pengembaraan ke ipropertyland aku, sambil cuci mata melihat-lihat rumah yang boleh dijadikan jodoh aku.

Malangnya, hantaran untuk melamar rumah pada masa sekarang jauh lebih tinggi berbanding 2 ke 3 tahun lepas masa aku jual mahal. sekarang dia pulak jual mahal aku pulak yang gigit jari. Rumah kecil tak seberapa dengan kawasan yang belum tentu terjamin dari serangan aedes pun dah sama harga dengan semi-d ala-ala banglo aku tgk 2-3 tahun dulu. Jangan cerita la kalau rumah yang ala-ala retis skrg.. memang sampai aku kene buka mata besar-besar supaya tak salah kira kosong-kosong yang berderet-deret kat belakang harga dia tu.

Sedih kot... dengan jawatan sebagai profesional yang aku sandar sekarang, aku tak mampu nak memiliki rumah dua tingkat di kuala lumpur walaupun yang masih belum terjamin selamat dari wabak penyakit terutamanya denggi. so jangan nak berangan pulak nak beli rumah atas bukit dengan udara nyaman dan pemandangan klcc...huhu mimpi...

Aku terfikir, apa hal dengan orang yang bergaji rendah, yang kerja kerani, atau pegawai biasa, bukan profesional mcm aku? aku hanya berdua, suami pun jawatan tinggi tapi masih berkira-kira untuk beli rumah sendiri, bagaimana dengan yang berpendapatan lebih rendah dari kami? Mungkin ada yg berkata lebih rendah boleh meohon untuk skim rumah pertamaku..tapi aku rasa ramai lagi yang diluar sana yang berpendapatan kadar yang tidak boleh beli rumah tapi tak boleh juga dapat bantuan kerajaan..sadis rasanya golongan kami ini.

tapi itulah hakikatnya. semakin hari harga hantaran rumah tersebut semakin mahal yang tak terjangkau oleh pendapatan cukup makan aku. kadang-kadang ada terpikir, sape yang nak beli rumah mahal sebegini? ramai sangatkah yang kaya raya duit bersepah yang mampu beli rumah semewah ini? kami tak perlukan rumah mewah, yang ada kolam ikan atau kolam renang, atau pokok renek tak semegah, pagar dengan sensor, jakuzzi, air panas bagai..demi semata-mata untuk menaikkan harga rumah kepada yang terjangkau dek akal. zaman dulu, rumah tak punya kelengkapan sebegitu, keluarga manusia masih hidup bahagia. kami cuma mahu rumah sederhana atas tanah negara sendiri, demi untuk berlindung dan menjalani hidup harmoni.

adakah sesiapa yang akan sedar dan bertindak dengan keadaan tak terkawal ini?

p/s: aku kini tinggal betul di tengah kota tiada tanah, kawasan kos sederhana yang dikelilingi rumah mewah milik foreigners. kadang-kadang terfikir...kuala lumpur ini milik siapa??

No comments:

Post a Comment