Petikan dari Ustaz Nasir (Abu Salam A-Mandili)
ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG BERUNTUNG!
--- Kaum ADAM dan HAWA, WAJIB Baca ---
Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang
bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.
Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?
Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami
saya.
Syeikh: Apa aduanmu itu?
Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan
syeikh.
Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan
tanggungjawabnya kepada saya.Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal
saya juga tidak diuruskan.
Tuan syeikh tersenyum.
Isteri itu kehairanan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh
tersenyum mendengar aduannya.
Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya
kamu wanita dan isteri yang beruntung.
Isteri: Hah??? Untung??
Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung.
Kamu wanita dan isteri terpilih.
Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya
menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.
Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?
Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami
saya tetap tidak berubah.
Syeikh: Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu.
ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi
peluang kepadamu mengumpul pahala.
Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2
yang teraniaya dan dizalimi.
Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh
suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.
Kerana apa?
Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang
suami.
Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan
memberatkannya di sisi ALLAH.
Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya
pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.
Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu
terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH.
ALLAH akan membantumu.
Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan.
Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.
Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...
Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini
beruntung?
Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?
Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?
Isteri: 40 tahun Tuan.
Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?
Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.
Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu
sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?
Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.
Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa,
umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.
Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak
akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali
pada-NYA.
Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH
gantikan dengan SYURGA yang indah.
Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?
Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal
ditanggung suamimu di Akhirat nanti?
Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.
Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang
WAJIB dijaga dengan baik.
Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh
seorang suami.
Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan
disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding
derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan....
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000
tahun di dunia?
Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan
penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa
menanggung dosanya itu.
Isteri itu tertunduk.....
Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah
mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti?
Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya
sendiri.
Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah
antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.
Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat
dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?
Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan
dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk
solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH.
Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu..
Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat
solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???
Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan?
Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?
Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak
redha, maka dia tetap akan menanggungnya.
Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah
suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.
Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan
terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha.
Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang
berhutang denganmu.
Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;
Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?
Isteri itu menggelengkan kepala.
Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?
Isteri itu hanya membisu.
Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu
wahai puan?
Isteri itu masih diam.
Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya
dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya
sendiri...
Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.
Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;
Isteri: Kenapa tuan menangis?
Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH.
Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke
neraka.
Susah dan sukarnya menjadi seorang suami.
Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung
beban dosa yang banyak.
Untungnya kalian para isteri.
Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan
patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.
Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami
para suami, tertanggung hingga ke akhirat.
Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi
suamimu, MAAFKANLAH dia.
Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redha akan
perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke
akhirat.
Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan
bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan
Syeikh.
WaLlahu a'lam

No comments:
Post a Comment